Pembentangan Kertas Cadangan Tuan Rumah Midwest Games 2009

Tiga buah persatuan pelajar telah mengemuka dan membentangkan kertas cadangan masing-masing dalam satu Sesi Pembentangan Kertas Cadangan Midwest Games 2009 yang berlangsung penuh meriah dan bermakna pada 19 Disember 2008 yang lalu. Majlis yang dihadiri oleh 8 orang wakil persatuan pelajar universiti itu telah diadakan di pejabat MSD Chicago di Evanston, Illinios. Kesemua persatuan telah membuat persiapan yang rapi dan telah membuat pembentangan kertas yang begitu mantap dan menarik.