Pembentangan Kertas Cadangan Tuan Rumah Mid West Games 2009

Tiga persatuan pelajar telah menyatakan hasrat untuk menganjur dan menjadi tuan rumah Midwest Games 2009 dengan menghantar proposal masing-masing yang telah ditutup penyertaannya pada 30 November 2008 yang lalu.

Sehubungan dengan itu satu majlis pembentangan kertas cadangan berkenaan telah ditetapkan pada 19 Disember 2008 ini di Pejabat MSD Chicago di 820 Davis Street, Suite #510, Evanston, IL bermula pada pukul 9.30 pagi.

MSD Chicago mengalu-alukan kedatangan wakil daripada persatuan pelajar berkenaan iaitu:

University of Ilinois, Urbana Champaign
Wichita State University
University of Nebraska-Lincoln